Kluang · Johor · Melaka · N. Sembilan

Cuci karpet Kluang —
kami ambil, kami hantar balik

Karpet, sofa, tilam dan kusyen kereta. Hantar gambar di WhatsApp, kami balas dengan harga.

2016Cuci karpet sejak
KärcherMesin & bahan gred komersial
Patuh syariahBahan cucian & kaedah sertu
5–10 hariIkut jenis karpet, sampai betul-betul kering
Pasukan Kluang Cuci Karpet berdiri di hadapan kedai dan van berjenama di Kluang, Johor
Kedai kami di Taman Seri ImpianAhad–Khamis 9.30 pagi – 6.00 petang

Air kotoran

Ini air yang keluar
dari karpet anda

Vakum hanya menyedut habuk di permukaan. Pasir halus, peluh dan kulit mati duduk di pangkal karpet. Kotoran ini hanya akan keluar bila karpet dicuci basah dan disedut semula.

  • Pasir halus mengikis bulu dari dalam. Karpet lebih cepat nipis.
  • Bau masam datang dari lembap yang tertinggal. Kami sedut sampai kering.
  • Karpet yang dijaga tahan lebih lama. Lagi murah daripada beli baharu.

Dapatkan sebut harga

Baldi berisi air hitam kotor yang disedut keluar daripada karpet selepas proses cucian Air kotoran karpet dikeluarkan daripada tangki mesin ekstraksi ke dalam baldi

Air ini keluar dari satu karpet.

Apa yang kami cuci

Karpet, sofa, tilam,
kusyen kereta

Karpet kami ambil dan hantar balik. Yang tak boleh alih, kami cuci di tempat.

01

Karpet rumah

Kami ambil di rumah, cuci di kedai, hantar balik bila betul-betul kering.

Ambil & hantarNipis 5 hariKeras 10 hariPermaidaniKarpet bilik
Dua pekerja mengangkat karpet rumah yang digulung ke dalam van Kluang Cuci Karpet
02

Karpet masjid & surau

Dijadualkan luar waktu solat. Ukuran dan sebut harga percuma untuk AJK.

Luar waktu solatUkuran percumaPatuh syariah
Pekerja mencuci karpet biru dewan solat masjid menggunakan mesin ekstraksi Kärcher
03

Sofa & kusyen

Ekstraksi wap di rumah anda. Sofa tak perlu keluar dari ruang tamu.

Cuci di rumahEkstraksi wapFabrik & kulit
Pekerja mencuci sofa kelabu dengan mesin wap di ruang tamu rumah pelanggan
04

Tilam

Sedut, cuci, kering. Habuk dan hama yang terkumpul bertahun dikeluarkan.

Semua saizSanitasiCepat kering
Tilam dicuci menggunakan alat ekstraksi tangan sehingga bulu fabrik bersih semula
05

Kerusi & karpet pejabat

Kerusi, karpet koridor dan bilik mesyuarat. Boleh dijadualkan hujung minggu atau selepas waktu pejabat.

Luar waktu pejabatKerusi berpusing
Pekerja mencuci kerusi pejabat berwarna merah dan hitam dengan alat ekstraksi
06

Kusyen & karpet kereta

Kusyen, karpet lantai dan bumbung dalam. Sesuai sebelum raya atau sebelum jual.

Kusyen keretaKarpet lantaiBuang bau
Kerusi kenderaan berwarna biru dicuci dengan alat ekstraksi wap

Tak pasti yang mana satu? Hantar gambar, kami bagi harga

Cara kami bekerja

Enam langkah, setiap kali

Urutan yang sama untuk setiap kerja, dari karpet bilik sampai dewan solat masjid.

Vakum kering

Habuk dan pasir disedut dulu, supaya bahan cucian sampai ke pangkal karpet.

Sembur bahan cucian

Kärcher dan Microclear. Patuh syariah, selamat untuk kanak-kanak dan jemaah.

Berus

Melonggarkan kotoran di pangkal karpet, tempat vakum biasa tak sampai.

Sedut air kotoran

Mesin ekstraksi tarik keluar air bersama kotoran.

Keringkan

Kipas dan pengering dipasang sampai kering. Karpet lembap akan berbau kepam.

Wangikan

Fabric perfume disapu selepas karpet betul-betul kering.

Alat & bahan

Alat dan bahan
yang kami guna

Kami rakan Kärcher Cleaning Malaysia. Setiap bahan cucian yang kami guna bersijil dan mematuhi piawaian keselamatan.

Mesin ekstraksi karpet Kärcher yang digunakan Kluang Cuci Karpet

Mesin ekstraksi Kärcher

Sembur dan sedut dalam satu laluan.

Bekas bahan cucian karpet Kärcher RM 764 gred profesional

Bahan cucian bersijil

Kärcher dan Microclear. Bersijil, mesra alam, selamat untuk kanak-kanak.

Botol Fabric Perfume pewangi karpet keluaran Kasih Rezeki Enterprise

Fabric perfume sendiri

Pewangi fabrik kami sendiri, disapu paling akhir.

Pasukan Kluang Cuci Karpet bersama mesin cucian di perkarangan masjid
Pasukan bersama wakil Kärcher Cleaning Malaysia di sesi latihan peralatan Barisan mesin dan peralatan cucian karpet milik Kluang Cuci Karpet

Pasukan

Siapa yang datang
ke tempat anda

Kluang Cuci Karpet dikendalikan oleh Kasih Rezeki Enterprise, milik Mohd Fais. Kami mula cuci karpet pada 2016.

Pasukan kami dilatih mengikut SOP yang sama untuk setiap kerja — rumah, rumah ibadah dan pejabat — supaya hasilnya konsisten setiap kali.

SSM 201503338205MOF BumiputeraKärcher Cleaning MalaysiaPERHEBATSME CorpTekunMARAINSKEN

Galeri

Kerja kami di Kluang

Semua gambar ini kerja kami sendiri.

Karpet rumah dibentang di perkarangan sebelum proses cucian bermula Karpet dewan solat masjid dicuci dengan mesin ekstraksi Kärcher Tilam dicuci menggunakan alat ekstraksi tangan Pekerja mengangkat karpet rumah yang digulung ke dalam van Kluang Cuci Karpet Mesin cucian karpet disusun di dalam dewan solat sebelum kerja bermula Permukaan tilam disedut sehingga bulu fabrik bersih semula Karpet pelanggan yang telah digulung dan disusun di dalam van untuk dibawa ke kedai Pekerja mencuci karpet biru masjid mengikut baris saf Sofa berwarna ungu dicuci di ruang tamu rumah pelanggan Karpet rumah bercorak dicuci menggunakan mesin berus berputar Proses sedutan air kotoran daripada karpet surau Kerusi kenderaan berwarna biru dicuci dengan ekstraksi wap Van penuh dengan karpet rumah pelanggan yang telah digulung untuk dicuci Karpet masjid dicuci dengan kipas pengering dipasang serentak Kerusi pejabat dicuci di kawasan terbuka sebelum dikeringkan Bulu karpet dibersihkan dengan mesin berus sehingga ke pangkal Kerja cucian karpet surau dijadualkan di luar waktu solat Permukaan berfabrik dibersihkan dengan alat pemutar Mesin berus membersihkan karpet rumah bercorak geometri di lantai simen Mesin ekstraksi digerakkan sepanjang karpet dewan solat Kerusi pejabat berwarna biru dan hitam dicuci satu per satu Karpet surau dibersihkan sehingga warna asal kembali jelas Sofa kelabu dicuci dengan mesin wap di rumah pelanggan Pekerja mengendalikan mesin cucian karpet di ruang solat masjid Tilam bersaiz besar dicuci dengan alat ekstraksi wap Peralatan cucian karpet disediakan di perkarangan surau Kerusi pejabat merah dibersihkan dengan alat ekstraksi Karpet masjid disedut kering selepas proses cucian basah Sofa kelabu dibersihkan dengan semburan wap bertekanan Barisan mesin cucian bersedia di dewan solat masjid Karpet masjid bercorak dicuci mengikut baris saf Pekerja membersihkan karpet surau dengan mesin ekstraksi Kerja cucian karpet masjid sedang dijalankan di ruang utama Karpet panjang dewan solat dicuci dari hujung ke hujung Karpet merah surau dibersihkan dengan mesin gred komersial

Kata pelanggan

Apa kata mereka
yang dah guna

Karpet surau kami yang dahulunya kusam kini kembali bersih dan harum. Jemaah kami kini lebih selesa dan khusyuk beribadah.
Pengerusi Surau Al-Muhajirin
5.0 daripada 61 ulasan Google Baca ulasan →
Prompt reply by the sales rep. along with price quote. Workmanship is good. Recomended.
abd aziz · ulasan Google

Kawasan liputan operasi

Kami datang
ke tempat anda

Kami beroperasi di Kluang. Namun untuk masjid, surau dan pejabat, kami boleh pergi ke seluruh Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Tanya kawasan anda

Johor

  • Kluang
  • Yong Peng
  • Batu Pahat
  • Segamat
  • Kulai
  • Mersing
  • Johor Bahru
  • Muar
  • Pontian
  • Kota Tinggi

Melaka

  • Melaka Tengah
  • Alor Gajah
  • Jasin

Negeri Sembilan

  • Seremban
  • Port Dickson
  • Nilai
  • Rembau
  • Tampin
  • Kuala Pilah
  • Jelebu
  • Jempol

Soalan lazim

Perkara yang selalu ditanya

Berapa harga cuci karpet?
Ikut saiz, jenis bulu dan keadaan karpet. Hantar gambar di WhatsApp 019-727 9964, kami balas dengan harga. Percuma, tiada caj tersembunyi.
Betul ke kami tak payah hantar karpet sendiri?
Betul, kami boleh bantu ambil dan hantar balik dengan kadar transport yang berpatutan. Sofa, tilam dan kerusi pejabat pula kami cuci terus di tempat anda.
Berapa lama saya dapat karpet balik?
Ikut jenis karpet: nipis 5 hari bekerja, keras 10 hari. Bezanya masa kering. Kalau ada tarikh yang anda kejar, beritahu awal — kami cuba susun.
Berapa lama karpet kering?
Kami keringkan sepenuhnya sebelum hantar balik — sebab itu karpet keras ambil masa lebih lama daripada karpet nipis. Karpet lembap yang disimpan akan berbau kepam.
Bahan cucian anda patuh syariah?
Ya. Kärcher dan Microclear, ada sijil. Boleh ditunjuk kalau AJK minta.
Boleh cuci karpet masjid tanpa ganggu waktu solat?
Boleh. Biasanya antara Subuh dan Zohor atau selepas Isyak, ikut kesesuaian AJK. Ukuran dan sebut harga percuma.
Kawasan mana yang anda pergi?
Kluang dan sekitarnya untuk kerja harian. Masjid, surau dan pejabat kami pergi seluruh Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebut harga percuma

Hantar gambar karpet,
kami balas dengan harga

Satu gambar dan saiz kasar sudah cukup untuk kami bagi anggaran.